Skip to main content

BELLABAY

BELLABAY

Kepakaran Kami

SELAMAT DATANG KE BELLABAY

Ditubuhkan pada tahun 2010, BELLABAY diasaskan berlandaskan prinsip bahawa “BELLA” bermaksud keindahan, yang mencerminkan dedikasi kami dalam mencipta ruang yang penuh keanggunan, seni dan keunikan. Sementara itu, “BAY” melambangkan pelabuhan perlindungan yang berakar kepada keharmonian semula jadi – simbol keseimbangan, kejelasan, ketahanan, kebijaksanaan, akar umbi dan legasi. Dengan ini, BELLABAY membawa makna Asas Keindahan melalui Visi Bersama, Rakan Kongsi yang Dipercayai dan Capaian yang Melangkaui Jangkaan.

BELLABAY CARPET SOLUTIONS menawarkan nilai dalam aspek :

Kami menawarkan pendekatan menyeluruh dan pelbagai disiplin dalam reka bentuk, pembuatan, dan pemasangan. Portfolio permaidani kami merangkumi pelbagai jenis buatan mesin seperti anyaman, tufted, jacquard, sistem modular lanjutan serta jubin permaidani, hinggalah kepada hasil tangan seperti permaidani tenunan, simpulan tangan, hand-tufted, flat weave dan dhurries. Kami menyediakan penyelesaian permaidani untuk pelbagai sektor termasuk korporat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, hospitaliti, masjid besar, kediaman persendirian, banglo mewah, istana, kelab, dewan besar, pawagam, kawasan awam, galeri jualan dan sebagainya.

Asas kami berpaksikan proses menyeluruh yang bersepadu, digerakkan oleh kepakaran teknikal, kreativiti reka bentuk dan kerjasama erat dengan pelanggan bagi memastikan setiap projek mencapai hasil terbaik. Perkhidmatan kami merangkumi keseluruhan pelanggan bagi memastikan setiap projek mencapai hasil terbaik. Perkhidmatan kami merangkumi keseluruhan kitaran projek – bermula dengan memahami keperluan dan visi pelanggan, pembangunan cadangan, penyediaan sampel berkualiti, laporan penilaian tapak sebelum kerja dimulakan, lukisan pelan sambungan (shop drawings), penyataan kaedah kerja, spesifikasi teknikal dan prestasi, jadual pelaksanaan, jaminan, syarat tender, senarai kuantiti, pemasangan berpandukan garis panduan CRI 104, serta pindaan berkaitan borang PWD 203A dan PAM. Kami turut menyediakan cadangan teknikal dan reka bentuk untuk menambah nilai, meningkatkan kecekapan kos, serta memperkukuh hasil projek. Bermula dengan pembangunan konsep baharu hingga penambahbaikan reka bentuk sedia ada, setiap fasa dikawal rapi melalui pemeriksaan pengeluaran, penghantaran, dan laporan penilaian pasca-projek yang menggunakan ujian fizikal, saintifik, dan penilaian spesifikasi.

Koleksi standard dan rekaan khas BELLABAY – meliputi broadloom, modular dan rugs yang mempunyai inspirasi kesenian dan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman serta tahan lama. Setiap rekaan menekankan nilai terbaik, estetika dan ketahanan akan diuji secara teknikal mengikut piawaian antarabangsa bagi memenuhi keperluan professional arkitek, pereka dalaman, pemilik hartanah dan juru spesifikasi.

HASIL KERJA KAMI TERMASUK :

Pejabat Perdana Menteri, Ibu Pejabat Kementerian Kerja Raya, Ibu Pejabat MISC, Hotel Movenpick, Hotel Intercontinental, Hotel Eastern & Oriental, Residensi Ritz-Carlton, Istana Perlis, Masjid Tuanku Mizan, Masjid TNB, Bank Negara Malaysia, CIDB Holdings, The Manor, dll.

Sekiranya PRINSIP DAN KEPAKARAN anda seiring dengan nilai BELLABAY, sila hubungi kami

Copyright © 2025 BELLABAY | Powered by Website Development Agency Newnormz.

error: Content is protected !!